PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Barisan Nasional Maran dan Cameron Highlands antara yang dilihat hadir di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di sini malam ini.

Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib (Maran) dan Ramli Mohd Noor (Cameron Highlands) dipercayai antara 22 ahli Parlimen yang bertemu Azmin bermula jam 9 malam tadi.

Ramli yang ditemui media ketika meninggalkan kediaman Azmin kira-kira pukul 11 malam berkata: “Tidak ada mesyuarat apa pun. Saya datang sebab rumah saya dekat.”

Sementara itu Ismail yang juga enggan mengulas lanjut intipati pertemuan tersebut berkata: “(Pertemuan) itu antara Ahli Parlimen dengan Menterilah.”

Pertemuan itu dipercayai diketuai bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Juga dilihat keluar daripada kediaman rasmi Azmin adalah bekas Timbalan Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Md Dun yang kini bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selain wakil rakyat BN, turut kelihatan meninggalkan kediaman Azmin, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar, dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

MalaysiaGazette melihat senarai 22 ahli Parlimen BN yang dikatakan terlibat dalam pertemuan malam ini antaranya Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin); Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau); Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (Kuala Kurau), Datuk Hasbullah  Osman (Gerik), Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar), Datuk Jamaluddin Alias (Jelebu); Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang); dan Datuk Noriani Ahmad (Parit Sulong). -MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Azmin adakan pertemuan sulit dengan 30 Ahli Parlimen BN?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apa sudah mau jadi sama DSAI PKR, Kit siang, guan eng, tony phuaka, ngar kor ming, jelutong dari DAP?? Semua sudah pening maa sikalang. Guan eng punya kes telowong sama itu bangalo mcm sudah mau buka balik maa….

Comments are closed.