Lim Guan Eng bergambar dengan Dr Mahathir Mohamad ketika mengunjungi Pejabat Perdana Menteri itu sebentar tadi.

KUALA LUMPUR -Lim Guan Eng yang berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri tadi berada dalam keadaan sihat.

Menteri Kewangan itu berkata, Dr Mahathir menyebut beliau sihat.

“Tun cakap jangan bimbang, tekanan darah bagus 120/70,” katanya yang berkongsi pertemuan dengan Perdana Menteri menerusi Twitternya.

Guan Eng berkata, beliau bertemu dengan Dr Mahathir tadi untuk berbincang beberapa isu semasa negara.

Kesihatan Dr Mahathir diperkatakan hari ini selepas beliau bergegas pulang selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Beliau dilaporkan kelihatan penat dan tidak sihat semasa menghadiri sidang media.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri, memaklumkan Dr. Mahathir berada dalam keadaan sihat dan bertugas seperti biasa.

Beliau terpaksa menamatkan sidang media dalam keadaan tergesa-gesa pagi tadi kerana mengalami sedikit pendarahan hidung.- MalaysiaGazette