Pesawat Boeing, B737-800 milik Turkish Airlines terbabas daripada landasan apabila tayar hadapannya patah semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Odessa, Ukraine.

ODESSA, Ukraine – Sebuah pesawat Boeing, B737, milik Turkish Airlines terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Odessa di Ukraine apabila roda hadapannya patah.

Ia merupakan insiden sama yang kedua di lapangan itu pada hari tersebut.

Kemalangan tersebut berlatu lewat malam Khamis ketika pesawat B737-800 yang berlepas dari Istanbul itu terbabas daripada landasan, dan benhenti dengan tayar hadapannya patah.

Juruterbang pesawat tersebut tidak dapat melakukan pendaratan pada percubaan kali pertama berikutan angin kencang dan beliau perlu melakukan pusingan pada altitut yang rendah.

Insiden tersebut berlaku pada cubaan kedua, lapor agensi berita Ukraine, 112.International seperti dipetik Aerotime Hub.

Menurut Dumskaya, selepas tayar depannya patah, anak kapal berjaya menghentikan pesawat tersebut di hujung landasan.

Pesawat yang berusia 11 tahun itu membawa 134 penumpang. Penumpang dikeluarkan dari pesawat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Lapangan terbang itu ditutup berikutan insiden tersebut.

Pada hari sama, insiden yang sama berlaku apabila tayar hadapan pesawat peribadi Gulfstream G150 ke Dubai patah semasa hendak berlepas dari lapangan terbang Odessa.