Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Firma audit Afrizan Tarmili Khairul Azhar (AFTAAS) dan rakan-rakan kongsi dikenakan sekatan daripada menerima sebagai pelanggan dan mengaudit entiti kepentingan awam (PIE) atau menjadualkan dana selama 12 bulan.

Sekatan terhadap AFTAAS dan rakan kongsi berkuatkuasa pada 25 November 2019, menurut Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini.

Tiga rakan kongsi yang terlibat ialah Datuk Mohd Afrizan Husain, Tamili Dulah Kusni dan Khairul Azahar Ariffin.

Sebagai tambahan kepada sekatan itu, AOB juga mengenakan denda sebanyak RM455,000 ke atas AFTAAS, dan masing-masing RM88,000 pada Afrizan dan Khairul.

Firma dan rakan-rakan kongsinya telah dikenakan sekatan oleh AOB untuk beberapa pelanggaran yang melibatkan ketidakpatuhan terhadap piawaian pengauditan termasuk ketidakpatuhan dasar dan asas prosedur audit.

Ia melibatkan perkara-perkara dalam penyata kewangan utama seperti tidak terhad kepada inventori, pendapatan, kos barangan yang dijual, penyatuan kumpulan, penghutang perdagangan, deposit tetap, muhibah, tunai dan baki bank, dan pinjaman bank.

AOB juga mendapati bahawa beberapa pemerhatian berulang daripada pemeriksaan sebelumnya terhadap AFTAAS.

AFTAAS dan rakan-rakan kongsi telah membuat rayuan kepada SC pada 25 September 2019 terhadap keputusan AOB. SC menolak rayuan tersebut dan mengesahkan tindakan AOB pada 25 November 2019. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast