Keadaan bertambah tegang apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron mengambil peluang untuk mengemukakan usul calon lain sebagai Senator iaitu Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh.

KUALA LUMPUR – Keadaan gamat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang menyaksikan calon kerajaan negeri untuk Senator ditolak dalam keadaan jumlah ahli pembangkang melebihi ahli kerajaan belum berakhir begitu sahaja.

China Press melaporkan, pembangkang yang terdiri daripada UMNO mungkin mengambil kesempatan hari terakhir mesyuarat untuk tahun ini pada Selasa untuk mengusulkan undi tidak percaya ke atas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Jika dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR iaitu ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan ADUN Machap Jaya, Datuk Ginie Lim Siew Lin memilih untuk tidak hadir buat kali kedua, maka kedudukan Adly mungkin tergugat.

Keadaan itu juga bermakna konflik dalaman PKR Melaka kini telah mengancam kestabilan kerajaan PH Melaka.

DUN Melaka pada Isnin telah menolak usul Adly yang mencadangkan Pengerusi PKR Melaka, Datuk Abdul Halim Bachik dilantik sebagai Senator apabila usul kerajaan itu hanya mendapat 12 undi berbanding 13 undi yang menolak, manakala tiga lagi tidak hadir.

Selain G. Saminathan yang tidak hadir kerana masih ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan atau SOSMA,  Muhammad Jailani dan Siew Lin, kedua-duanya juga Exco negeri, meninggalkan mesyuarat sebelum pengundian menyebabkan jumlah anggota pembangkang melebihi kerajaan.

Keadaan bertambah tegang apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron mengambil peluang untuk mengemukakan usul calon lain sebagai Senator iaitu Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh.

Kerajaan PH Melaka hanya ‘terselamat’ apabila Speaker, Datuk Wira Omar Jaafar bertindak menangguhkan sidang itu dengan memberitahu nama dicadangkan Idris tidak dikemukakan terlebih dahulu secara bertulis.

Sumber memberitahu, pembangkang pada asalnya tergerak hati mahu mengusulkan undi tidak percaya terhadap Adly dalam keadaan jumlah anggota pembangkang melebihi kerajaan.

Penangguhan mesyuarat oleh Speaker bagaimanapun mengelakkan keadaan itu berlaku. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Undi tidak percaya di Melaka Khamis ini?

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast