Salah sebuah helikopter terhempas selepas bertembung dengan helikopter lain di Mali. foto Agensi

PARIS – Seramai 13 tentera Perancis terbunuh selepas dua helikopter bertembung semasa operasi menentang pengganas di Mali.

Presiden Emmanuel Macron melahirkan rasa simpati tentang kehilangan besar dalam ketenteraan Perancis sejak 1980.

Siasatan sedang dibuat bagaimana dua helikopter itu boleh bertembung antara satu sama lain.

Ia berlaku pada hari gelap sekitar 19.40 waktu tempatan (juga GMT) pada hari Isnin berhampiran sempadan Burkina Faso dan Niger.

Ketika kejadian berlaku, pesawat malang itu sedang membantu mengukuhkan tentera darat menentang militan, kata tentera Perancis.

Perancis telah menghantar beribu-ribu tentera di Mali sejak tahun 2013 selepas pengganas menakluk bahagian utara.

Tentera Mali sejak itu telah berjaya menawan semula wilayah berkenaan tetapi terus bergolak dan keganasan telah merebak ke negara-negara jiran.

Perancis kini mempunyai 4,500 tentera yang ditempatkan untuk menyokong pasukan Mali, Mauritania, Niger, Burkina Faso dan Chad bagi menentang pengganas.

Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly berikrar negaranya tidak akan berpaling pada perjuangan menentang keganasan selepas perlanggaran maut tersebut. – MalaysiaGazette