Najib Razak

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan untuk mengapungkan harga RON95 secara berperingkat-peringkat dengan menaikkan harga petrol itu sekitar satu atau dua sen setiap minggu, sebaik Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan Januari depan, disambut sinis bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam entri terbaharu dalam Facebooknya, Najib berkata ,sebelum ini Pakatan Harapan (PH) asyik berjanji untuk menurukan harga petrol itu kepada RM1.50 seliter, namun tindakan itu tidak dikotakan sehingga kini.

“Dulu kata harga minyak akan turun RM1.50? Maki hina Najib tiap-tiap minggu.

“Najib turun, PH buat rakyat selesa.”

“Tahun depan? Dah minyak naik ikut harga pasaran,” katanya sinis, hari ini.

Najib mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen yang berkata, Putrajaya akan mengapungkan harga RON95 secara berperingkat sehingga harga RON95 mencapai harga pasaran.

Chieng Jen hari ini memberitahu Dewan Rakyat keputusan mengapungkan harga minyak bagi meringankan kos hidup rakyat, selain mengelak harga barangan tidak naik secara mendadak.

Najib berkata, harga RON95 akan mencecah RM2.50 seliter seperti harga pasaran sekarang sekiranya dinaikan sedikit demi sedikit.

“Minyak RON95 naik berdikit-dikit setiap minggu bermula tahun depan sehingga mencapai harga pasaran (RM2.50 sekarang).

“PH tak bagi harga minyak RM1.50. PH hadiahkan harga RM2.50,” katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan PSP hanya berkuat kuasa di Semenanjung sahaja yang bakal meringankan beban kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan. -MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Wlbagaimana pon ph akn meringan beban penguna b40 dgn subsidi patrol rm30 sebulan yg lebeh penting rakyat telah dpt faedah dari kejatuhan najib dan bn dlm pru14 dgn menhapuskan rompakan bersiri sepanjang pemerintahan beliau dan bn.

  2. Kami dapat apa yg kami bayar (minyak) dan kami guna apa yg kami beli (minyak kenderaan)….masalahnya engkau “Penyamun @ Pengkinat Negara” kami bayar hutang atas apa yg kami sendiri tidak guna , kami bayar hutang atas apa yg kami sendiri tidak berhutang dan kami bayar hutang , atas apa yg kami sendiri tiada kepentingan membayarnya dan kami bayar hutang atas tempoh yg kami sendiri tidak tahu pengakhirannya (bunga hutang/Faedah).
    ##PENGKIANAT NEGARA SEPATUTNYA DI TARIK PELBAGAI DARJAH KEBESARAN NAMUN MASIH RAMAI YG KURANG JELAS AKAN PENGKIANATAN INI…KEATAS NEGARA MALAYSIA.#Bangsat punya bekas PM.

Comments are closed.