Pengunjung tidak melepaskan peluang merakam gambar Tugu Negara ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 11 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Tindakan membawa pulang abu mayat Chin Peng dari Thailand September lalu secara senyap jelas mengetapikan sentimen serta perasaan bekas anggota tentera, polis dan orang awam yang menerima kesan langsung akibat kekejaman komunis.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai satu kesilapan paling besar kerajaan Pakatan Harapan.

“Negara menentang sistem komunis dan ribuan perjuangan komunisme ini menyebabkan anggota, orang awam terkorban dan kalau balik untuk mengagungkan perjuangan komunis, saya fikir ini satu kesilapan yang paling besar yang dibuat.

“Bayangkan kalau nanti dibina tugu pula, adakan majlis tiap-tiap tahun raikan hari tersebut. Apa akan jadi pada negara kita?” soalnya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, tidak perlu untuk berundur dengan memperjuangkan agenda yang tidak sepatutnya

“Kita tak perlu undur ke belakang. Perjuangan puluh-puluh tahun tentera kita berjuang lawan komunis harus kita hormati.

“Kita letak Tugu Negara kita, lambang perjuangan lawan komunis. Jadi kalau kita nak rai balik dengan tujuan menghargai apa dia buat, saya rasa ini satu tindakan yang paling silap,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Ini disebabkan negara kita terlalu byk bermain politik dr memikirkan impak dr sesuatu isu. Kekadang kepimpinan kita mengatakan ini isu kecil sbg ‘kes terpencil’ atau ‘cukup dgn permohonan maaf’. Ttp andai ada kalangan rakyat marheim yg hilang sabar mengambil tindakan2 tertentu, mereka dipersalahkan. Tidak menggunakan saluran2 yg betul yg perlu. Oleh itu, fikirlah secara profesional, kreatif, kritis n rational. Jika para kepimpinan tidak faham atau tahu cara2/kaedah2 berfikir hantar atau kendalikan satu bengkel/kursus bg mereka.

Comments are closed.