Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal pada minggu bermula 30 November 2019 sehingga 6 Disember 2019, masing-masing pada paras RM2.66 seliter, RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.36 seliter dan RM2.29 seliter.

Tiada perubahan bagi harga runcit produk petrol RON95, manakala terdapat kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.27 seliter pada minggu lepas.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan bagi tempoh 30 November 2019 sehingga 6 Disember 2019 adalah berjumlah RM115.70 juta. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast