KUALA LUMPUR – MCA meminda perlembagaannya bagi membenarkan kalangan bukan kaum Cina menjadi anggota ahli bersekutu parti itu, di samping menurunkan umur minimum keanggotaan daripada 18 kepada 16 tahun.

Pindaan itu diluluskan dengan undi suara majoriti daripada 1,499 perwakilan yang hadir di Perhimpunan Agung MCA ke-66 di sini hari ini.

Perhimpunan Agung itu dirasmikan oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan yang turut hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

MCA adalah salah satu parti komponen Barisan Nasional. – Bernama

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.