Antara yang dinaikkan cukai adalah beg tangan, champagne dan keju dari Perancis

WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat (AS)  akan mengenakan duti punitif kepada Perancis dengan menaikkan 100 peratus cukai terhadap barangan import daripada negara berkenaan yang bernilai AS$2.4 bilion.

Barangan tersebut antaranya champangne, beg tangan, keju dan pelbagai produk lain selepas mendapati cukai digital yang diperkenalkan Perancis memberi kesan negatif kepada syarikat-syarikat teknologi AS.

Pejabat Wakil Perdagangan AS berkata, siasatan Seksyen 301 mendapati cukai yang dikenakan Perancis itu tidak konsisten dengan prinsip dasar percukaian antarabangsa dan ia dijangka membebankan syarikat-syarikat AS seperti Alphabet Inc. (Google), Facebook Inc., Apple Inc. dan Amazon.com Inc.

Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer berkata, kerajaan AS juga sedang menimbang kemungkinan untuk membuka kertas siasatan terhadap cukai-cukai perkhidmatan digital oleh Austria, Itali dan Turki.- MalaysiaGazette