Peragaan separuh bogel pada Tattoo Malaysia Expo 2019.

KUALA LUMPUR – Blackout Trading yang mewakili jawatankuasa penganjur Tattoo Malaysia Exco 2019 memohon maaf terhadap acara yang mempamerkan tubuh dalam keadaan separuh bogel.

Pengasasnya yang dikenali Carlos @ Benny berkata, insiden yang berlaku semasa pertandingaan itu tidak disengajakan dan pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

Malah katanya, Blackout Trading akan memastikan langkah-langkah wajar diambil bagi mengelakkan perkara sama berulang pada masa depan

“Bagi pihak jawatankuasa penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, Blackout Trading, kami dengan ikhlas memohon maaf di atas kekurangan yang berlaku semasa Tattoo Malaysia Expo 2019 yang diadakan pada 29 November 2019 hingga 1 Disember 2019 di Pusat Konvension Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, ekspo itu mendapat sokongan daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MoTAC).

Menurut Carlos, ekspo bertaraf antarabangsa itu dianjurkan untuk mempromosi industri pelancongan, khususnya seni dan budaya yang mana tatu merupakan seni yang diamalkan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Beliau yang turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terkesan daripada insiden tersebut berkata, adalah jelas pihaknya telah gagal melindungi kepentingan awam.

“Kami kini hanya memohon untuk dimaafkan bagi membetulkan keadaan dan membetulkan apa yang boleh dibetulkan,” ujarnya sambil menambah pihaknya mengambil iktibar daripada kesilapan kami dan akan kembali dengan lebih bertenaga.

Menurut Carlos, walaupun ia adalah kekurangan daripada pihaknya beliau faham bahawa ia bukannya alasan untuk mempertahankan diri.

Sementara itu, Carlos berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan dan MyCEB tidak harus dipersalahkan di atas kesulitan yang disebabkan oleh pihaknya dan┬áBlackout Trading menghormati keputusan yang diambil kementerian dan biro itu. – MalaysiaGazette