Huzir Mohamed

KUALA LUMPUR – Gambar tujuh individu memakai pakaian ala komunis yang tular di media sosial itu berlaku Thailand.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, selain itu beberapa gambar lain yang tular itu juga bukan berlaku di negara ini.

“Siasatan mendapati gambar tersebut diambil pada 2 Disember lalu semasa majlis di Hotel Lee Garden, Hatyai, Thailand,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurut Huzir, ekoran gambar-gambar itu, pihaknya menerima sebanyak 53 laporan di seluruh negara.

Justeru, katanya, polis menggesa orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berkenaan majlis berkenaan dan tidak sewajarnya dimuat naik di laman-laman sosial.

Penularan perkara berkaitan dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) dikhuatiri akan menimbulkan suasana tegang dan mencetuskan suasana tidak harmoni, katanya.

Jika berlaku, katanya, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang sengaja mahu mensensasikan isu berkenaan PKM.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast