Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercakap kepada media ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 04 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Semua parti-parti di blok pembangkang Parlimen akan duduk bermesyuarat bersama untuk membuat keputusan pendapat dalam soal usul penetapan tempoh khidmat jawatan Perdana Menteri selama dua penggal oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu adalah penting sebagai langkah untuk mengelak wujud percanggahan pendapat dalam kalangan parti gabungan blok pembangkang di Dewan Rakyat.

“Kita belum bincang lagi, kita tunggu mereka bahas dulu di Dewan Rakyat. Dia (PH) nak bawa dalam mesyuarat akan datang.Kita pembangkang akan bincang dulu.

“Ada beberapa perkara pro dan kontra yang akan kita bincang bersama-sama dalam blok pembangkang sebab kita tak nak dalam Parlimen nanti apabila usul itu dibentang, dibahas, ada berbeza-beza pandangan nanti susah, itu kita tak nak berlaku.

“Ini adalah isu penting yang berkaitan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan undi atau sokongan majoriti dua pertiga, maka kita akan bincang dengan Pas, GPS dan semua gabungan pembangkang..insya Allah,” katanya di lobi Parlimen kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut memberi pendapat sama ketika didekati pemberita dalam soal penetapan tempoh khidmat PM selama dua penggal

“Nanti biar mereka bahas usul (PM dua penggal) dulu.. biar kita (Pas)baca dulu..belum baca lagi,” katanya secara ringkas sambil bergegas ke arah pejabat Pembangkang di bangunan Parlimen.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast