Ole Gunnar Solskjaer

MANCHESTER – Pengurus kelab Inggeris Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak bimbang dengan masa depannya susulan beberapa siri pemecatan di Liga Perdana ketika mereka bersiap sedia berdepan Tottenham kendalian Jose Mourinho.

Spurs mendapatkan khidmat Mourinho selepas memecat Mauricio Pochettino bulan lalu manakala Arsenal dan Watford masing-masing menyingkirkan Unai Emery dan Quique Sanchez Flores.

Selepas Tottenham, skuad bimbingan Solskjaer akan membuat kunjungan ke kelab tetangga, Manchester City pada Sabtu.

Solskjaer berdepan tekanan dengan United kini di tangga kesembilan dalam Liga Perdana, 22 mata di belakang pendahulu, Liverpool dan lapan mata di belakang kelompok empat teratas ketika mereka bersiap sedia menerima kunjungan Tottenham pada awal pagi Khamis ini.

“Saya tidak perlu memberitahu sesiapa bagaimana untuk menguruskan kelab bola sepak, tetapi saya fikir semua orang tahu yang kesinambungan adalah salah satu kunci kejayaan.
Ia tidak membuatkan saya risau,” katanya dalam satu sidang media.

Solskjaer berkata, beliau hanya memberikan fokus kepada tugasnya dan akan melakukan yang terbaik pada aksi seterusnya.

Pengendali United itu kecewa dengan prestasi pasukannya yang gagal menang dalam tiga aksi terakhir dan berdepan tugas getir menentang Spurs dan diikuti Manchester City pada Sabtu ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast