Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Jamuan Makan Pemuda bersama Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 04 DISEMBER 2019.

KUALA LUMPUR – UMNO akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, kata Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, Presiden UMNO itu belum mahu mengumumkan siapakah calonnya.

“Kita akan mengisi calon kita untuk pilihan raya kecil Parlimen Kimanis. Kerusi itu merupakan milik kita, milik UMNO,” katanya semasa ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Pada PRU-14, bekas menteri, Datuk Seri Anifah Aman memenangi Parlimen Kimanis dengan majoriti tipis sebanyak 156 undi.

Pada PRU-14, UMNO meletakkan Anifah sebagai calon di Kimanis dan memperoleh 11,942 undi, lebih 156 undi daripada calon Warisan, Karim Bujang.

Anifah kemudian meninggalkan parti untuk menjadi bebas.

Karim kemudiannya mencabar keputusan pilihan raya itu dan menang di Mahkamah Persekutuan termasuk mengekalkan keputusan di Mahkamah Rayuan.

Justeru, PRK Kimanis akan diadakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.