Dr. Afif Bahardin
KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Cabang Permatang Pauh, Dr. Afif Bahardin menyeru mana-mana pihak yang terlibat mencetuskan permainan politik kotor dalam PKR supaya menghentikan rekayasa jahat itu.
Beliau berkata, perbuatan seumpama itu sudah tidak mendapat tempat di dalam PKR dan bertentangan dengan cita-cita politik baharu dalam era Malaysia Baharu.
“Kami menolak sekeras-kerasnya cubaan jahat politik kotor yang cuba dimainkan sesetengah pihak dengan tersebarnya di media sosial tentang akuan bersumpah oleh satu individu terhadap salah seorang pemimpin parti.
“Parti Keadilan Rakyat sejak dari awal penubuhan berpendirian untuk menolak sebarang amalan politik kotor dan fitnah seperti ini yang bertentangan dengan cita-cita politik baru di era Malaysia Baru ini.,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Dr Afif, semua pihak sepatutnya  memberikan sepenuh tumpuan kepada usaha untuk membangunkan agenda ekonomi negara dalam memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama menjelang tahun 2030 dapat dicapai.
Beliau mengulas tindakan seorang pemuda, Muhammad Yusuff  Rawther mengadakan sidang media semalam mendakwa menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral seorang pemimpin kanan PKR.
Bertolak daripada sidang media itu, tular akuan bersumpah mendedahkan perilaku yang menurut cucu kepada aktivis pengguna SM Idris itu sebagai bertentangan dengan Islam.
Antara yang memberi reaksi kepada ‘pendedahan’ tersebut,Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang merupakan Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut mengulas isu tersebut, datuk saudara kepada Muhammad Yusuff iaitu Mohideen Abdul Kader yang mendakwa anak saudaranya ity telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.

Menurutnya, Muhammad Yusoff ‘terpisah’ daripada keluarga mereka sejak SM Idris meninggal dunia awal tahun ini. – MalaysiaGazette

Datuk saudara percaya Yusoff Rawther dimanipulasi pihak tertentu