Bangunan Tabung Haji. foto HAZROL ZAINAL, 11 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – TH Plantations Bhd (THP) telah melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisan Sdn Bhd (MW) kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd pada harga RM170 juta.

Syarikat itu memiliki 6,513.80 hektar ladang kelapa sawit di Bintulu dan Sibu, Sarawak, kata THP dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

BSV terlibat dalam penanaman kelapa sawit dan penjualan buah tandan segar (BTS), manakala MW pada dasarnya terbabit dalam penyewaan hartanah pelaburan.

Pertimbangan harga urus niaga tersebut mewakili kira-kira RM13.9 juta atau 7.6 peratus diskaun dalam nilai pasaran hartanah, menurut penilai berdaftar bebas.

Kos asal pelaburan di dalam BSV dan MW, masing-masing sebanyak RM221.70 juta dan RM 42.49 juta, kata THP.

“Penjualan syarikat-syarikat itu adalah sebahagian daripada pelan rasionalisasi THP bagi memulihkan prestasi kewangannya melalui pelupusan aset untuk mengurangkan pinjaman dan meningkatkan kecekapan operasi.

“Penjualan juga didorong oleh kemerosotan prestasi mereka dalam pengeluaran BTS,” katanya.

Selepas penyempurnaan penjualan, THP dijangka meningkatkan nisbah penggearan daripada 1.09 kali kepada 0.94 kali dan mengurangkan perbelanjaan margin keuntungan sebanyak lebih kurang RM9.41 juta setahun.

Berikutan penjualan tersebut, simpanan tanah milik Kumpulan THP mencecah sebanyak 94,462.08 hektar, terdiri daripada ladang kelapa sawit dan getah.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Jual lah semua sekali sejak Pakatan Hancing memegang tampok kerajaan. asal dia ada melibatkan Islam dan Melayu. Jual sampai habis.

Comments are closed.