AYER KEROH – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan tidak akan ada ‘kongres parti kedua’ selain daripada Kongres Nasional PKR yang kini diadakan di Melaka.
“Tidak ada perjumpaan selain kongres di Melaka,” katanya ringkas dalam sidang media selepas merasmikan Kongres Wanita dan AMK di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam ini.
Mohamed Azmin ditanya media berhubung desas desus satu pertemuan berasingan akan diadakan untuk anggota dan pemimpin PKR di Renaissance Hotel di Kuala Lumpur pada Sabtu dan Ahad ini.
Pertemuan itu dikaitkan dengan Mohamed Azmin yang diadakan serentak dengan Kongres Tahunan PKR.
Semalam, Naib Ketua Pemuda PKR (AMK) Nazree Yunus mengesahkan pertemuan kedua itu akan diadakan di Hotel Renaissance Hotel, Kuala Lumpur.
Dalam laporan itu, Nazree menjangka Mohamed Azmin dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin akan hadir bersama-sama dengan wakil rakyat dan para pemimpin sayap parti pada pertemuan tersebut.
‘Kongres kedua PKR’ itu kononnya diadakan bagi memberi sokongan kepada Mohamed Azmin ekoran krisisnya bersama Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Bagaimanapun. krisis pimpinan parti itu kembali ‘sejuk’ selepas Mohamed Azmin mengadakan pertemuan dengan Anwar di Parlimen semalam dan bersetuju merasmikan Kongres nasional PKR di Melaka.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: