Kain rentang di simpang selepas tol Ayer Keroh, Melaka.

AYER KEROH – Individu yang dikaitkan dengan seorang mirip menteri dalam video seks sejenis ‘muncul’ tidak jauh dari MITC tempat berlangsungnya Kongres Nasional PKR, hari ini.

MalaysiaGazette mendapati satu sepanduk memaparkan wajah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.

“Selamat datang Timbalan Presiden ke Kongres Nasional, I miss you (Saya rindu awak),” demikian tulis sepanduk itu.

Sepanduk itu digantung di persimpangan selepas susur masuk ke tol Ayer Keroh, hari ini.

Haziq sebelum ini dikaitkan sebagai pasangan mirip ‘Azmin’ dalam klip video seks memaparkan aksi dua lelaki tular di media sosial dan Haziq Abdullah pada 12 Jun lalu.

Haziq secara jelas mengaku dirinya seorang daripada lelaki dalam rakaman itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.