petrol
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 2 sen seliter kepada RM2.64 seliter mulai 7 Disember hingga 13 Disember.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 ialah RM2.34 seliter berbanding RM2.36 pada minggu lalu.

Manakala harga diesel bagi tempoh yang sama adalah RM2.30 seliter, naik 1 sen berbanding minggu lalu.

Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Dengan pengekalan harga runcit bagi kedua-dua produk ini, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 7 Disember 2019 sehingga 13 Disember 2019 adalah berjumlah RM107.40 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast