Keselamatan kelihatan memakai baju Muay Thai pada Majlis Perasmian Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 07 DISEMBER 2019

AYER KEROH – Menjelang perasmian Kongres Nasional PKR oleh Presiden parti tu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini, lensa MalaysiaGazette tertumpu kepada satu kumpulan pemuda berbaju hitam di sekitar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Mengamati wajah-wajah pemuda berkenaan, nampaknya kumpulan tersebut terdiri daripada individu yang berbeza daripada mereka yang mencetuskan kekecohan semasa Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam.

Tertera di baju hitam yang dipakai tulisan ‘Muay Thai, Art of King’.

Lebih menarik lagi kesemua mereka dilihat memakai pas khas tertera ‘keselamatan’.

Semalam kecoh insiden pergaduhan melibatkan geng baju hitam apabila kalangan perwakilan sah termasuk ketua cabang tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Ini kerana tempat duduk para perwakilan telah diisi dengan geng baju hitam dan ada antara mereka yang di bawah umur.

Dua individu mengalami kecederaan ekoran dibaling batu sehingga berdarah di kepala dan muka. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast