Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan petang semalam dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan petang semalam dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita muda India berusia 22 tahun telah ditahan polis kerana disyaki terlibat mendera seorang kanak-kanak berusia 9 tahun.

Suspek yang dipercayai sebagai ibu tiri kepada kanak-kanak malang itu dicekup Pasukan Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak (D11) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) semalam, sekitar 9 pagiĀ  atas maklumat awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, polis telah menahan wanita itu selepas satu klip video tular tentang perlakuan seorang perempuan yang menggunakan sejenis alat dipercayai satu batang pen sambil memberikan pelbagai amaran dan memarahi mangsa tersebut.

“Dalam kes ini, suspek iaitu seorang perempuan India 22 tahun telah ditangkap oleh sepasukan polis dari JSJ (D11), IPK Kuala Lumpur yang mana suspek juga ialah ibu tiri kepada mangsa.

“Mangsa (kanak-kanak) telah diselamatkan oleh pihak polis dan sedang mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, polis masih menunggu laporan perubatan untuk memastikan sebarang bentuk kecederaan fizikal dan dalaman berlaku pada kanak-kanak tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, tambah beliau, polis juga telah merekodkan keterangan daripada beberapa orang ahli keluarga mangsa tersebut.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Polis Kuala Lumpur mengucapkan syabas dan terima kasih di atas kepekaan dan bantuan orang ramai yang menyalurkan maklumat seumpama ini.

Katanya, mangsa dipercayai tinggal dibawah jagaan ibu tiri lebih kurang setahun lalu sejak bapa mangsa berkahwin dengan suspek.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast