Kapal tangki Nave Constellation. foto Agensi

HONG KONG – Sebuah kapal tangki minyak mentah yang didaftarkan di Hong Kong diserang dan anak kapalnya diculik oleh lanun di pantai Nigeria pada awal pagi Rabu lalu, lapor South China Mornung Post yang memetik jurucakap Jabatan Laut.

Lelaki bersenjata menaiki kapal tangki Nave Constellation serta menjadikan 18 warga India dan satu rakyat Turki sebagai tebusan.

Navios Maritime Acquisition Corp. adalah pemilik kapal tersebut.

Bagaimanapun, tujuh anggota kru India yang lain ditinggalkan dalam kapal tersebut, menurut akhbar itu.

Jabatan Laut berkata, tiada kecederaan kepada tujuh anak kapal yang ditinggalkan atau kerosakan kapal dilaporkan dan ia berkait rapat dengan syarikat dan konsulat yang berkaitan untuk memberi bantuan, menurut SCMP.

Pihak Jabatan Laut kini bekerjasama dengan syarikat berkenaan dan konsulat untuk menyediakan bantuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast