MILAN – Lazio bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk meleburkan rekod tanpa kalah juara bertahan Serie A, Juventus musim ini.
Juventus yang beraksi dengan 10 pemain pada separuh masa kedua kalah mengejut 3-1 kepada tuan rumah malam tadi.
Bintang terkemuka Cristiano Ronaldo meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-25.
Namun, Lazio berjaya menyamakan kedudukan menerusi Ramos Marchi pada saat akhir sebelum aksi separuh masa pertama ditangguh pada minit ke-45.
Dalam usaha mencari gol kemenangan, Juventus dihukum apabila pemain sayapnya, Cuadrado, dilayangkan kad merah pada minit ke-69 dan dibuang padang.
Keadaan itu memaksa pasukan pelawat beraksi dengan 10 pemain.
Namun keadaan bertambah parah untuk Juventus selaku pendahulu liga apabila Lazio menambah gol kedua menerusi Milincovic Savic untuk membolehkan pasukannya mendahului pada minit ke-74.
Usaha Juventus mencari gol penyamaan ternyata tidak berhasil sebaliknya bertambah teruk apabila Caicedo menyumbat gol kemenangan pada akhir perlawanan..
Dengan keputusan itu Juventus tercicir ke tangga kedua dengan 36 mata, ketinggalan 2 mata di belakang pendahulu liga Inter Milan yang mengungguli carta dengan 38 mata.
Lazio pula melonjak ke tempat ketiga, tiga mata di belakang Juventus. – MalaysiaGazette