KUALA LUMPUR – Ronnie Liu hadir di Bukit Aman untuk dirakam keterangan berhubung kehadirannya pada perhimpunan bekas kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyambut ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai di Kolej New Era, Kajang pada bulan lalu.

Pemimpin DAP itu tiba pada pukul 2.25 petang dan menunggu peguamnya, Ramkarpal Singh yanag muncul setengah jam kemudian.

Ramkarpal berkata, Ronnie dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan tanpa dimaklumkan butiran akta yang dalam siasatan tersebut.

“Ia berkenaan isu sambutan ulang tahun ke-30 Peringatan Perjanjian Hatyai di Kajang November lalu yang mana telah dihadiri oleh saudara Ronnie, polis nak soal tujuan kehadirannya tetapi beliau (Ronnie) bukan penganjur majlis itu.

“Mungkin akan tahu selepas kami selesai dirakam keterangan di dalam nanti,” katanya.

Sementara itu, Ronnie yang merupakan Ahli Dewan Undangan Sungai Pelek mengakui polis mahu mengambil keterangan disebabkan kehadirannya ke himpunan itu namun beliau menafikan menjadi penganjur program tersebut. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Mengapa bila pejawat awam atau pekerja swasta misti letak jawatan bila nak betanding jadi dun atau ahli parlimen. Tp peguam masih bleh jadi peguam walau pun dia dah jdi dun atau ahli parlimen.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.