Datuk Ambiga Sreenevasan berucap pada Bengkel Kebebasan Bersuara 'Ini Malaysia Baharu' di Auditorium Asia Europe Institute Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 11 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Nampaknya bukan sahaja rakyat biasa yang rasa tertipu dengan janji-janji ‘kosong’ Pakatan Harapan (PH) sebaliknya penyokong tegar kerajaan juga nampaknya ada yang makan hati.

Terbaru, Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan, Datuk S Ambiga, seperti dilaporkan oleh The Star dalam satu forum di Kuala Lumpur melahirkan rasa kecewa dengan tindak tanduk kerajaan PH dalam melaksanakan reformasi serta pindaan undang-undang seperti yang dijanjikan.

Ambiga yang sememangnya lantang khasnya isu-isu kemanusian terutamanya sebelum PH menang besar sehingga berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.

Malah Ambiga sendiri banyak mengkritik kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN) sebelum ini kini menyoal siapakah ‘dalang’ dalam kelewatan kerajaan meluluskan atau melakukan pindaan undang-undang seperti

Menariknya, kali ini Ambiga dengan lantang memberitahu rakyat tidak akan teragak-agak seandainya perlu sekali lagi turun ke jalanan melakukan demonstrasi jika kerajaan PH terus mengabaikan isu-isu kemanusiaan.

“Banyak yang masih lagi tertangguh. Malah penangguhan serta kelewatandalam meminda serta menggubal undang-undang sedia yang sebelum ini telah di janjikan. Antaranya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). Saya sendiri tidak tahu mengapa ada kelewatan sehingga tahun depan.

“Apa yang berjaya dimansuhkan adalah Akta Antiberita Tidak Benar 2018. Yang lain-lain masih ada kelewatan. Apa jadi dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (SOSMA)?

“Siapakah yang menjadi ‘penghalang’ kepada pemansuhan undang-undang ini? Apa yang susah sangat sehingga banyak sangat kelewatan dan alasan demi alasan? Langsung tidak boleh diterima,” katanya semalam.

Malah beliau sempat bertemu dengan beberapa tahanan SOSMA yang dikaitkan dengan kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), dirinya seolah ‘terkedu’ untuk menjawab persoalan mereka.

“Baru-baru ini saya sempat bertemu dengan lima orang yang ditahan di bawah SOSMA. Mereka ini tidak tahu apa akan berlaku kepada mereka dan berapa lama lagi akan berada dalam tahanan.

“Apa yang lebih gusarkan saya apabila ada antara mereka memberitahu saya, mereka telah berjuang untuk menukar kerajaan ada kini dan kerajaan itu telah ‘melontarkan’ mereka ke dalam penjara. Saya tidak tahu bagaimana untuk jawab soalan ini sebenarnya.

“Saya tidak akan sesekali menyalahkan sesiapa kecuali kerajaan yang ada kini.

“Pastinya itu akan berlaku. Rakyat kembali ke jalanan menuntut janji. Itu akan berlaku seandainya kerajaan kini tidak mempunyai keberanian untuk melakukan perkara yang betul,” tegasnya.

Bekas Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan (kanan) berbincang sesuatu dengan Umadevi isteri kepada ADUN Gadek Melaka, G. Saminathan (dua kiri) pada permohonan jaminan kes individu dikaitkan dengan LTTE Saminathan A/l Ganesan yang diadakan di Mahkamah Tinggi Jenayah 3, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 26 NOVEMBER 2019

Dalam pada itu, Ambiga turut memberi menasihati pemimpin khasnya ahli politik supaya lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan atau bercakap dengan masyarakat umum apatah lagi ‘ucapan kebencian’ mampu menyemarakan keadaan tegang pada satu ketika.

“Ucapan-ucapan berbaur kebencian ini akhirnya menyebabkan pelbagai isu serta perlakuan jenayah yang sepatutnya boleh dielakan dari awal lagi. Kita boleh lakukan sesuatu begitu juga dengan kerajaan,” ujarnya. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Tukar kerajaan supaya pengganas komunis dan ltte boleh bertindak bebas?

    Korang pengundi PH yg mengaku Muslim Melayu, mmg betul2 penjual agama dan pengkhianat bangsa.

  2. Jadi yg mana jadi tahanan sosma dlu mengundi PH dg harapan hapus sosma supaya kamu senang nk bagi sokongan pada LTTE ,berjuang untuk kemanusiaan ke begitu

  3. Bodoh sgt… You ingat ini negara bpk you ke.. Semua mau cpt2…rakyat kene dgr ckp you sorang aje la.. Dah tak perlu protes di jln2 tunggu aje mana2 tempat ada undi mesti lingkup…

Comments are closed.