Federer menerima pengiktirafan tertiggi Switzerland apabila bakal dikeluarkan duit syiling perak dan emas Switzerland dalam bentuk Swiss Francs 10 dan 50 pada Januari 2020.

ZURICH – Switzerland bakal mengeluarkan mata wang syiling yang baharu yang unik.

Juara gelaran Grand Slam Tenis sebanyak 20 kali iaitu Roger Federer bakal muncul sebagai orang hidup pertama yang akan diraikan dalam mata wang Switzerland.

Federer satu-satunya jaguh lelaki yang memenangi kejohanan tenis sebanyak itu berbanding pemain lelaki lain.

Wajah bintang tenis pujaan dunia bakal diletakkan dalam duit syiling negara itu.

The Federal Mint, Swissmint akan mengeluarkan duit syiling komoratif perak 20 swiss francs pada Januari 2020.

Malah terdapat rancangan untuk mengeluarkan wajah ikon tenis itu dalam bentuk syiling emas 50 Swiss Francs pada Mei 2020.

Thank You Switzerland dan Swissmint atas pengiktirafan tertingi ini kata bintang nombor tiga dunia berusia 38 tahun itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast