Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan kewajaran di sebalik desakan Otai Reformasi 1998 yang mendesak kerajaan dan PKR memecat Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, alasan mereka yang Zuraida dan Azmin antara tujuh pemimpin yang dituduh menghina Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak logik.

“Orang yang berani dan berkata benar nak ditendang keluar? Barangkali itulah makna reformasi,” sindirnya menerusi ciapan twitternya hari ini.

Bagaimanapun beliau menegaskan mungkin Muafakat Nasional antara UMNO Pas akan menjadi pilihan untuk kem Mohamed Azmin jika satu hari nanti jika Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memilih tidak bersama DAP.

Semalam, lebih 50 orang Otai Reformasi 1998 bersama beberapa NGO berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR Pusat di Tropiciana dan menyerahkan memorandum memecat dan menggugurkan tujuh pemimpin yang diterajui Mohamed Azmin selaku Timbalan Presiden PKR.

BACA: Otai Reformis desak PKR pecat Zuraida

Mereka menuntut Zuraida yang juga Naib Presiden PKR juga digugurkan dari kabinet dan digantung keahlian parti selama lamanya ekoran tindakan didakwa menghina Anwar.

Ia juga kerana Zuraida didakwa dengan sengaja meninggalkan Kongres Nasional PKR di Melaka sebagai langkah sabotaj selain mencerca imej Anwar di Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 pada 8 Disember lalu di Hotel Renaissance Kuala Lumpur.

Bagaimanapun semalam, Zuraida enggan melayan tuntutan berkenaan sambil menganggap mereka sebagai kumpulan ‘sampah’.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tidak berbaloi, bukan tahap saya mengulas – Zuraida

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

    • Itu lah orang kata politik api api kan parti kerajaan supaya berpecah yg untung pembangkang masuk x masuk soal kedua ,sudan biasa kan pembangkang lawan kerajaan

    • Jgn kotorkan UMNO Ngan semburit pula,CUKUP2 la Ngan permasaalahan yg ada dlm UMNO.geli geleman rasanya.

  1. Rakyat menyokong gesaan Azmin, Zuraida dan geng kartel lain di pecat terus. Lawan tetap Lawan.

    • Sudan kerja pembangkang untuk pecat kan parti kerajaan nama lagi politik ,bila berpecah lg senang di pihak pembangkang

Comments are closed.