Zuraida Kamaruddin. foto NOOREEZA HASHIM

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin untuk tidak mengulas tentang tindakan Otai Reformasi 1998 bersama beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendesak beliau dipecat daripada parti dan Kabinet.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menyifatkan NGO berkenaan sebagai pertubuhan yang tidak berguna.

Menurut Zuraida, bukan tahap beliau untuk mengulas mengenai tindakan NGO terbabit.

Not worth, a dump site NGO (Tidak berbaloi, NGO sampah). Lagipun not my level lah (bukan tahap saya) Mereka,” katanya kepada MalaysiaGazette menerusi aplikasi Whatapps hari ini

Terdahulu Otai Reformasi yang dipengerusikan oleh Dr. Idris Ahmad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok menyerahkan memorandum yang menggesa Zuraida beliau dipecat daripada parti dan Kabinet di pekarangan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Memorandum tersebut diserahkan kepada pembantu peribadi Setiausaha Agung PKR, Zara Zahar

NGO itu mendakwa Zuraida serta enam pemimpin lagi iaitu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Naib Presiden, Tian Chua; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari; Hilman Idham; Ketua Wanita Keadilan, Haniza Talha dan Exco Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin harus digantung keahlian dan dipecat daripada PKR

Ketujuh-tujuh pemimpin berkenaan didakwa biadap kerana sengaja meninggalkan Kongres Nasional PKR di Melaka sebagai langkah sabotaj untuk memalukan imej parti dan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NGO tersebut juga meminta kesemua pemimpin berkenaan diambil tindakan kerana bertindak menghina Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 pada 8 Disember lalu di Kuala Lumpur.-MalaysiaGazette

Otai Reformis desak PKR pecat Zuraida

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.