KUALA LUMPUR – Bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) yang sedang menanti hukuman gantung, Azilah Hadri membuat pendedahan mengejutkan berhubung pembunuhan kes berprofil tinggi membabitkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Portal Malaysiakini yang berjaya mendapatkan pengakuan bersumpah dalam permohonan semakan kehakiman Azilah pada 17 Oktober lepas juga mendakwa dirinya serta anggota polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan ‘shoot to kill’ atau tembak mati.
Dalam akuan berkanun (SD) bagi menyokong permohonannya, Azilah mendakwa Najib mengarahkannya menangkap serta ‘menghapuskan’ Altantuya yang dilabel sebagai perisik asing dan berbahaya kepada keselamatan negara.
“Saya bertanya kepada TPM apa yang dimaksudkan dengan tangkap dan hapuskan perisik asing tersebut dan TPM menjawab, ‘Shoot to kill,’ sambil menunjukkan isyarat memotong leher.
“Apabila ditanya berkenaan maksud musnahkan mayat perisik asing tersebut, TPM menjawab, ‘Lupuskan mayat perisik asing hilangkan kesan’,” seperti dipetik dari akuan bersumpah itu.
Dakwa Azilah, Najib yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Ahli Parlimen Pekan telah memberikan arahan itu bersama Abdul Razak Baginda.
Kata Azilah dalam pengakuan itu, pertama kali menerima arahan membunuh Altantuya itu daripada Najib pada 17 Oktober 2006 ketika dirinya bertugas sebagai anggota keselamatan Najib di kediamannya di Sri Kenangan, Pekan, Pahang.
Azilah juga mendakwa Najib memberitahunya supaya ‘berhati-hati’ dengan perempuan perisik asing yang pandai berkata-kata dan penuh tipu helah antaranya Altanutya mengandung.
Dalam pada itu, Azilah juga menjelaskan kenapa beliau baru membuat permohonan menyemak semula kes itu.
Dalam afidavitnya, Azilah berkata, pada awal 2018, dia telah merancang untuk membuat SD itu tetapi menangguhkannya kerana bimbang disalah guna menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.
“Saya menegaskan di sini bahawa tujuan saya mengemukakan keterangan-keterangan dan fakta-fakta material di atas adalah bukan hanya kerana saya telah dianiaya oleh pihak-pihak berkepentingan tetapi juga bertujuan untuk saya zahirkan perkara sebenar yang telah terjadi di dalam kes pembunuhan ini.
“Saya juga berharap agar sahabat-sahabat saya di UTK secara khususnya dan PDRM secara amnya berhati-hati dalam menjalankan arahan-arahan yang diberikan supaya kes penganiayaan seperti yang dihadapi saya ini tidak berulang lagi,” dakwanya.
Dalam afidavitnya, Azilah menyebut tiada motif atau sebab untuk membunuh Alatantunya tetapi Najib dan DSP Musa Safri berulang kali mengatakan itu adalah demi keselamatan negara.
“Selepas operasi sulit tersebut dilaksanakan, saya diarahkan untuk memberikan kerjasama di dalam siasatan pihak polis dan saya juga diberikan jaminan oleh DSP Musa bahawa sebarang perkara berbangkit akan dibantu oleh TPM selagi saya tidak libatkan nama baik TPM,” dakwanya.
Semua perincian itu dimasukkan dalam permohonan yang difailkan Azilah kepada Mahkamah Persekutuan bagi menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya.
Dia juga memohon perbicaraan semula bagi mengemukakan bukti penuh berkaitan operasi sulit itu di mahkamah terbuka supaya ‘keadilan dapat ditegakkan’.
Pengurusan kes ditetapkan pada esok hari. -MalaysiaGazette
BossKu malu apa Pasti akan kemahkamah tinggi lagi dan besar kemungkinan akan disabitkan case bunuh dibawah section 302 .Entahlah Satu lagi hukuman berat akan disabitkan kepada malu apa BossKu. Samasama kita tunggu dan lihat nasib Najib/Rosmah dlm mempertahankan tuduhan berat ini.Rule of law akan membuktikan kemana halal tuju Najib/Rosmah nanti
Wallahuaklam. Berani buat berani tanggunglah Malu apa BossKu.
Ko diam lah jubur.. Klu tak tahu apa2 lbh baik diam.. Jgn smpai ko pula di sabit bslah kn.. Jgn sgt jadi anjing dapig tu.. Lbh baik diam drpd bunyi.. Tak pasa2 dpt dosa fitnah.. Ingat ko tu byk sgt ke pahala nya.. Klu kafir snang ke neraka je..
Rule of Law kepala semburit ko lah..ni ko jawab cam mana sperma Anwar ada dlm jubo Saiful?? Haa
Haaa dah tak de modal lah ni..serang Najib dgn 1MDB dah tak laku..rakyat tak percaya..laaa ni guna cara lain plak..bravo!