Tag: azilah hadri
SD Azilah: Semakan kehakiman keluarga Altantuya 6 Oktober
Peguam Sangeet Kaur yang mewakili bapa Altantuya, Dr. Shaariibuu Setev ketika dihubungi media hari ini memaklumkan, pendengaran kes berkenaan akan didengar di hadapan Hakim Norliza Othman.
Bapa mendiang Altantuya mahu polis siasat afidavit tambahan Azilah
Dalam permohonan itu, Shaariibuu menyatakan, polis tidak memaklumkan kepada beliau status siasatan terkini yang dijalankan pada 2019 oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman terhadap kandungan afidavit tambahan Azilah yang juga bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK).
Pembunuhan Altantuya: Keluarga mendiang desak kerajaan siasat dakwaan Azilah
Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu menggesa kerajaan menjalankan siasatan terperinci terhadap dakwaan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri yang mengaitkan penglibatan pegawai tertinggi kerajaan dalam kes pembunuhan model Mongolia itu.
Reaksi Azilah Selepas Terlepas Hukuman Gantung
Bekas anggota Unit Tindak Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri diiring keluar selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu di Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto FAREEZ FADZIL, 10 OKTOBER 2024.
Azilah terlepas hukuman mati ganti penjara 40 tahun
Tiga panel hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Maimun Tuan Mat bersama Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan membuat keputusan sebulat suara menggunakan budi bicara hakim berhubung semakan tersebut.
Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri esok
Azilah, 48, membuat permohonan itu susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai tahun lepas.
Keluarga Altantuya menang kes saman, dapat ganti rugi RM5 juta
Keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu mendapat ganti rugi RM5 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini berhubung kematian wanita itu pada 2006.
Permohonan semakan Azilah kekal didengar 20 April
Permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencelah dalam permohonan semakan Azilah juga ditetapkan untuk pendengaran pada hari yang sama, menurut dokumen mahkamah berhubung kes itu.
Melompat dari kerusi desak kes bunuh Altantuya dibuka semula, ia tidak...
‘Ramai yang melompat dari kerusi dan katil’ mendesak supaya kes pembunuhan Altantuya Shaarriibuu dibuka semula berikutan tularnya akuan berkanun Azilah Hadri yang mendakwa beliau telah diarahkan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk membunuh model dari Mongolia itu.
Menteri boleh pakai otak sedikit tak? – Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri membuat akaun bersumpah (SD) ada niat tersirat yang lain.
Najib berkata akaun bersumpah itu dilakukan bertujuan sebagai dokumen yang telah difailkan kepada mahkamah untuk menyemak hukuman mati Azilah.
















