Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kiri) ketika keluar dalam kes perbicaraan SRC International Sdn Bhd membabitkan penyewelengan dana berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 03 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri mempunyai maksud yang tersirat ketika membuat akaun bersumpah (SD).

Najib berkata akaun bersumpah itu dilakukan bertujuan sebagai dokumen yang telah difailkan kepada mahkamah untuk menyemak hukuman mati Azilah.

“Adakah orang yang telah dijatuhkan hukuman mati takut disaman?

“Ramai juga tidak tahu bahawa tujuan utama dia buat akuan bersumpah mengejut itu ialah sebagai dokumen yang telah difailkan kepada mahkamah untuk menyemak hukuman mati dia.

“Dia bukan buat kerana dia sudah bertaubat dan sedia menerima hukuman,” katanya menerusi status di Facebook beliau, hari ini.

Najib membuat kenyataan itu merujuk kepada cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin agar beliau memfailkan saman fitnah untuk menolak tuduhan mengarahkan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berbanding membuat sumpah laknat.

Hanipa berkata rancangan Najib untuk membuat sumpah laknat esok hanya mempunyai sedikit nilai undang-undang.

Semalam, Najib berkata beliau akan mengangkat sumpah laknat di Masjid Jamek Kampung Baru untuk menafikan dakwaan Azilah.

BACA: Najib buat sumpah laknat Jumaat ini

Azilah, dalam akuan bersumpahnya mendakwa Najib, ketika menjadi timbalan perdana menteri, memberi arahan untuk membunuh Altantuya.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 di hutan di Puncak Alam berdekatan Shah Alam, Selangor, dengan tembakan ke kepala sebelum tubuhnya diletupkan.

Najib juga berulang kali menolak tuduhan penglibatannya dalam jenayah itu. -MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Menteti undang2 tapi bodoh cap ayam.. Lbg baik tak pyh jadi. Menteri undang2 lh klu bofoh sgt..mcn mna blh jadi menteri.. Mybe cukup kan kuata parti dlm ph.. Ambil sja lh yg ptg dpt jadi menteri, bodoh ke gila ke lain kira.. Yg ptg dpt jadi mnteri, dpt gaji besar tapi kerja ke laut smua…

  2. Orang kalau dah nak mati, bohong banyak kali pun tak apa, kalau bernasib baik boleh terlepas. Kalau kena bicara semula, dapatlah dia tertangguh hukuman gantung. Siapa Azilah sebenar hanya Sirul sahaja yang kenal dia.

  3. Secara logiknya….org yg jujur jer yg sanggup buat sumpah laknat sbb dia yakin dia x buat dan berada dipihak yang benar. Contohnya ada “sorang tu” kedudukan VVIP… Tp takut nak sumpah laknat. Masuk kandang saksi pun tak berani… Macamana tu..??

Comments are closed.