Vienna State Opera. foto Agensi

VIENNA – Para pelajar di Akademi ballet di Vienna State Opera digalakkan merokok untuk kekal langsing.

Pendedahan itu dibuat selepas suruhanjaya khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan bahawa akademi itu telah menjejaskan kesihatan para pelajarnya.

Penyiasat mendakwa penari-penari muda telah didedahkan dengan latihan fizikal dan pengetahuan serta persembahan yang teruk.

Ketua Suruhanjaya Susanne Reindl-Krauskopf berkata, pelajar dikenal pasti melalui nama pertama dan saiz baju mereka.

“Adalah jelas bahawa kanak-kanak dan remaja tidak cukup dilindungi daripada didiskriminasi, pengabaian dan kesan perubatan yang negatif,” kata laporan suruhanjaya itu.

Ia juga berkata, bebanan latihan yang tidak dikawal telah “membahayakan kesejahteraan mereka”.

Sebagai tindak balas, Vienna State Opera berkata ia telah mengurangkan jumlah persembahan pelajar dan akan mengkaji laporan itu sebelum memberikan respons penuh.

Akademi ini diwujudkan pada tahun 1771, merupakan salah satu sekolah balet yang paling berprestij di Eropah.
Kebanyakan alumni penarinya bekerja untuk syarikat-syarikat seperti ballet diiraja London dan American Ballet. – MalaysiaGazette