Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Azilah Hadri.

Perdana Menteri juga menafikan dirinya ada kaitan dengan akuan bersumpah (SD) Azilah yang mendakwa Datuk Seri Najib Razak mengarahkan agar Altantuya Shariibu dibunuh.

Dalam satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri, beliau juga menafikan dakwaan kerajaan di sebalik laporan SD melibatkan bekas anggota Unit Tindakan Khas itu.

“Mahathir tidak pernah bertemu bekas komando polis Azilah Hadri, sejak pemenjaraannya atas pembunuhan warga Mongolia, Altantuya,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu berkata terdapat cubaan untuk secara tidak langsung menyebut Mahathir adalah “VVIP” yang didakwa bertemu Azilah di luar sejak Februari.

Perdana Menteri menyerahkan perkara itu kepada siasatan pihak berkuasa sepenuhnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tun M enggan ulas isu VVIP jumpa Azilah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.