MILAN – Tandukan luar biasa udara dengan melawan graviti oleh bintang superstar Cristiano Ronaldo membantu Juventus mengesahkan tiga mata penuh untuk terus mengungguli carta liga Serie A Itali.
Dalam aksi dramatik menentang Sampdoria semalam, juara bertahan the Old Lady berjaya menewaskan Sampdoria 2-1.
Bintang dunia Portugal itu menunjukkan sifat atletik manusia luar biasa apabila melakukan lompatan di udara melawan graviti pada ketinggian 2.56 meter dan kekal pada ketinggian sama selama beberapa saat sebelum menanduk hantaran padu Alex Sandro ke sudut sukar palang gol lawan sehingga gagal ditepis penjaga gol lawan.
Mengulas mengenai gol luar biasa yang dijaringkanya selepas tamat perlawanan, bekas legenda sensasi Manchester United itu berkata, dia sangat gembira dengan kemenangan ke atas Sampdoria.
“Itu aksi sukar kerana Sampdoria beraksi dengan tahap disiplin baik di atas padang menyukarkan kami mencari ruang mencipta gol.
“Gol saya jaringkan itu juga sangat menarik..gembira membantu pasukan mengesahkan tiga mata penuh itu.
“Niat saya hanyalah membantu pasukan menang seberapa banyak gelaran dan piala dalam domestik dan antarabangsa,” katanya.
Ronaldo juga menyatakan rasa terkejut mengenai angka yang ada bersama gol tadi.
“Saya tak tahu saya berada di atas untuk tempoh lama,” ujarnya sekaligus mengimbas kembali aksi serupa yang dilakukan legenda Brazil Pele dalam sebuah filem berjudul ‘Escape for Victory’ sebelum menanduk bola melepasi penjaga gol Emil Audero.
Pengurus Juventus Maurizio Sarri juga tergamam dengan jaringan luar biasa yang dilakukan Ronaldo.
Gol Ronaldo itu juga menjadi topik hangat di kem lawan sehingga pengurus Sampdoria yang juga bekas Pengurus Leicester City, Claudio Raneiri terkaku dari tepi padang.
“Ronaldo melakukan sesuatu yang kita semua hanya boleh melihat dalam permainan bola keranjang di Amerika Syarikat iaitu NBA(Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan)..Dia terapung di udara untuk tempoh agak lama.
“Tiada ada kata-kata untuk komen aksi dia(Ronaldo), hanya mampu mengucapkan tahniah dan teruskan persiapan perlawanan akan datang,” tegasnya.
Gol awal Juventus hadir menerusi menerusi volley menarik dari kotak penalti sebelum gol penyamaan hadir dari Gianluca Caprari.
Gol kedua yang dijaringkan Ronaldo telah anggap offside oleh pengadil.-MalaysiaGazette