LONDON – Pasukan Enjin Formula 1, Red Bull tidak lagi mempunyai alasan untuk mencabar gelaran dunia mulai musim 2020.
Pengerusi Red Bull, Helmut Marko berkata, pasukan itu tidak seharusnya mempunyai alasan dan sudah bersiap sedia bersaing untuk gelaran dunia musim hadapan.
Red Bull gagal mencabar Mercedes secara konsisten sejak era enjin hibrid diperkenalkan mulai tahun 2014.
Namun progres pasukan dan rakan enjin Honda meningkatkan harapan Max Verstappen boleh mencabar Lewis Hamilton musim depan.
“Kita akan melangkah ke dalam tahun baharu yang lebih baik dan ada konsep berkesan, dan kini kita harus menterjemahkan dalam bentuk gelaran juara,” kata Marko.
Marko menyatakan bahawa Honda dan Verstappen kini berada dalam prestasi tinggi bagi memburu kejuaraan dunia F1 pada tahun 2020.
Bagaimanapun dia mengakui bahawa Red Bull tidak boleh lagi untuk memulakan musim baharu yang perlahan.
Marko juga meramalkan bahawa Red Bull mampu menjuarai lima perlumbaan tetapi hanya sekadar menang tiga perlumbaan oleh Verstappen di Austria, Jerman dan Brazil.
Gandingan enjin Honda bersama red Bull sejak tahun lalu menunjukkan prestasi enjin yang positif pada dua musim ini.
Namun diakui masih ada jurang besar tidak dapat mencabar Mercedes dan Ferrari dalam keadaan tertentu sekaligus berazam menutup ruang itu menjelang musim 2020.-MalaysiaGazette