najmil faiz mohamed aris
Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menunjukkan sikap radikal mereka apabila tetap mahu mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember.

Malah, kedegilan mereka itu merupakan punca kepada pepecahan etnik dan seharusnya pertubuhan tersebut diharamkan kerana hanya mahir mencetuskan konflik, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris.

Katanya, Dong Zong jelas menunjukan pertubuhan itu rasis dan anti nasional kerana tidak mahu menerima kepelbagaian kaum lain sebagai salah satu bentuk perpaduan.

“Dong Zong juga tidak mempunyai sikap toleransi antara kaum di mana orang Melayu telah banyak bertolak ansur terhadap kaum lain misalnya menerima budaya, warisan serta kepentingan kaum lain demi mencapai kemerdekaan dan untuk hidup bernegara.

“Sudah-sudahlah Dong Zong mencetus provokasi yang mampu menjejaskan keharmonian kaum.

“Belajarlah bertolerasi dan menerima kepelbagaian kaum di Malaysia serta menghormati status quo orang Melayu seperti yang dipersetujui dalam kontrak sosial,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang secara gabungannya dikenali Dong Jiao Zong akan mengadakan persidangan pertubuhan Cina pada 28 Disember untuk membantah penerapan pengenalan tulisan Jawi dalam subjek teras iaitu Bahasa Melayu sekolah vernakular.

Pertubuhan berkenaan bagaimanapun dilaporkan mengalakkan supaya pengenalan tulisan Jawi dijalankan dalam bentuk aktiviti kokurikulum. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Iya betul, DongKeyZong dan commies D4Pigs adalah pertubuhan menyokong komunis, bangkai komunis, pengganas2 LTTE….

Comments are closed.