TERKNI : Umat Islam Perlu Mengukuhkan Kefahaman Terhadap Iman – Al-Sultan Abdullah

KUALA LUMPUR – Dialog-dialog di antara pakar dan cendikiawan perlu ditingkatkan bagi membetulkan salah faham mengenai Islam di samping menjadi salah satu cara untuk orang lain memahami agama Islam.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, Al-Quran sentiasa mengingatkan matlamat utama dialog adalah untuk meningkatkan kebaikan kepada semua manusia.

Ia juga merupakan asas paling ideal untuk manusia daripada pelbagai latar belakang untuk berinteraksi.

Selain itu, umat Islam juga perlu mengukuhkan kefahaman terhadap iman dan menggunakannya sebagai asas setiap Muslim.