Annuar Musa
Annuar Musa
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menafikan khabar angin Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah meletakkan jawatan serta merta.
Annuar dalam ciapan di laman Twitter berkata, semakan mendapati tiada sebarang surat peletakan jawatan dan Apandi kini berada di luar negara.
“Apa-apa kekeliruan berbangkit jika ada, akan di perjelaskan secara kenyataan rasmi,” katanya.
Apandi dilaporkan meletakkan jawatan serta merta berikutan langkah pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Disiplin dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

“Hasil perkembangan ini, saya telah arahkan Setiausaha Lembaga Displin untuk menyediakan surat perletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dan berkuatkuasa dengan serta-merta.

“Saya tidak rela dijadikan sebagai kuda tunggangan. Maruah saya lebih penting daripada jawatan,” kata Apandi seperti yang dilaporkan media. – MalaysiaGazette

– MalaysiaGazette 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Nampak nye pemimpin dlm UMNO tak nak berubah,
    ahli biasa kalo silap di disipilinkan tapi pemimpin bebas je

  2. Nampak sangat kepimpinan umno sekarang ini mempunyai agenda sendiri berbanding utk kepentingan perjuangannya.

    Sudah tiba masanya umno perlu berani untuk berubah.

    Langkah permulaan kepada perubahan yg bersuaian dengan susana masakini adalah “mengantung” keahlian bagi mana2 pemimpin yg mempunyai kes mahkamah – rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

    Selagi ada pemimpin yg terlibat dgn gejala2 berkenaan memimpin umno, selagi itu lah parti keramat ini akan terus bergolak, seterusnya dipinggir oleh ahli2nya sendiri.

Comments are closed.