KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menempelak Kerajaan Pakatan Harapan yang mahu menutup Sanriao Hello Kitty Town dan Thomas Town di Johor milik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) empat hari lagi.

Taman tema itu akan ditutup pada 31 Disember ini.

Secara sinis, bekas Perdana Menteri itu berkata, keputusan untuk menutup kedua-dua taman tema ini pada akhir tahun 2019 iaitu sehari sebelum Tahun Melawat Malaysia 2020 merupakan keputusan yang jauh di luar kotak oleh kerajaan.

“Negara mula melancarkan promosi besar-besaran untuk menarik pelacong, dorang putuskan untuk tutup taman-taman tema pulak!

“Alasan diberi ialah jumlah pelawat sudah jatuh selepas PRU14 akibat ekonomi yang merosot serta kejatuhan pelancong dari Singapura.

“Oleh itu, ianya perlu dilingkupkan.

“Bijak atau tidak?,” soalnya. – MalaysiaGazette