Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak (tengah) diiringi Timbalan Ketua Eksekutif Bahagian Dasar dan Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid (kanan) melakukan gimik perasmian pada Program Cabaran Memancing Bersama Media anjuran Malaysia Gazette di Kolam Pancing, Kampung Delek, Klang. foto SYAFIQ AMBAK, 28 DISEMBER 2019

KLANG – Lebih 70 pengamal media membanjiri Kampung Delek Fishing Park di sini hari ini bagi menyertai Cabaran Memancing Media TNB-PTPTN 2019.

Malah pertandingan anjuran MalaysiaGazette ini di Kolam Ikan Air Masin Kampung Delek ini sememangnya mendapat sambutan dalam kalangan pemancing ikan tegar yang tiba seawal pukul 7 pagi bersama peralatan memancing.

Selain daripada pengamal media, terdapat juga wakil kumpulan penaja seperti wakil Tenaga Nasional (TNB) yang turut serta memancing dalam pertandingan itu.

Pertandingan yang dirasmikan serta dimulakan oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid dan Ketua Pegawai Eksekutif MalaysiaGazette, Noraini Razak.

Sebanyak 100 ekor ikan baharu juga dilepaskan ke dalam kolam selain daripada anggaran lebih 600 ekor pelbagai spesis sudah sedia ada kolam tersebut.

Rata-rata pemancing kelihatan begitu teruja malah ikan pertama jenis jenahak telah berjaya di tangkap tidak sampai 15 minit loceng pertandingan bermula.

Penduduk setempat sekitar Kampung Delek juga berkerumun untuk menyaksikan pertandingan cabaran memancing.

Pemenang bakal membawa pulang wang  tunai RM1,000 serta Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM1,000.

Selain, hadiah RM1,000 tunai bakal dimenangi juara, tempat kedua bakal membawa pulang wang tunai RM500 dan cenderahati.

Tempat ketiga akan menerima wang tunai RM200 dan cenderahati manakala tempat keempat sehingga tempat ke-10 menerima wang tunai sebanyak RM50.

Selain daripada itu, MalaysiaGazette turut menyediakan hadiah-hadiah lain termasuk cabutan bertuah seperti televisyen pintar 40 inci serta barangan menarik lain.

Pertandingan selama tiga jam itu tamat sekitar 12 tengah hari ini. –MalaysiaGazette