Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - foto NOOREEZA HASHIM, 20 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Ciapan Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman Twitter menggunakan tulisan jawi semakin rancak dan mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen.

Lebih mengujakan apabila ciapan-ciapan Tunku Azizah menggunakan tulisan jawi turut dibalas dengan tulisan yang sama, seolah-olah wujud gelombang kesedaran tentang tulisan yang terpalit dalam kontroversi pihak tertentu kebelakangan ini.

Malah semakin ramai yang menukar nama akaun mereka dari tulisan rumi kepada tulisan jawi.

Ciapan الحمدلله سلامت عبادة عمرة دان سمڤت سمبهيڠ صبح oleh Tunku Azizahyang menggunakan nama akaun @cheminahsayang itu menerima lebih 8,000 like (suka), sebanyak 784 ulang ciap dan 68 komen yang rata-rata menggunakan tulisan jawi.

Antara balasan yang popular di ruang komen menggunakan tulisan jawi adalah

الحمدالله 

سموڬ دمورهكن سڬالا اوروسن توانكو سكلوارڬ..

امڤون توانكو. دعاكن ڤتيق سوڤاي دبريكن كسمڤتن اونتوق منونايكن عمرة تنڤا هالڠن. منجونجوڠ كاسيه توانكو. امڤون توانكو
Ada juga warga maya yang melahirkan rasa bangga membaca ciapan Tunku Azizah dalam tulisan jawi. – MalaysiaGazette 

 

 

1 Komen

  1. انشالله توانكو فرمیسوری اكوغ دان انقندا سموا درحمتی دان دبركتی الله دان دمقبولكن سكالا دعادان حجات
    .

Comments are closed.