Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bersalaman dengan Robot RUZR pada Majlis Penutup Festival Putrajaya LIFT (Literacy In Financial Technology) 2019 anjuran Kementerian Kewangan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia di Kementerian Kewangan, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 30 DISEMBER 2019.

PUTRAJAYA- Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan rasa sedih parti berkenaan apabila pihak polis bertindak menghalang perhimpunan anjuran Dong Jiao Zong bagi membantah pelajaran tulisan jawi.

Perhimpunan tersebut sepatutnya diadakan di Kajang, Sabtu lalu terpaksa dibatalkan selepas pihak mahkamah pada Jumaat memutuskan acara tersebut boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“Sekiranya Malaysia Baharu percaya kepada kebebasan bersuara, tiada sebab mengapa perhimpunan ini dihalang.

“Kongres Maruah Melayu dibenarkan, sepatutnya perhimpunan ini jua dibenarkan.

“Mungkin ada pihak yang tidak bersetuju tetapi ini adalah satu aspek Malaysia Baharu,” katanya semasa sidang media selepas menutup Program LIFT di sini hari ini.

Baca: Persidangan bantah Jawi batal, polis dapat perintah mahkamah

Tambah Guan Eng, perkembangan tersebut pastinya akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

“Saya percaya perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang kerana terdapat beberapa peristiwa terbaharu.

“Saya baru balik bertugas pada hari ini ada perkembangan terbaharu yang boleh dibincangkan dalam Kabinet. Saya akan bincangkan perkara ini di Kabinet,” tegasnya.

Guan Eng juga memberi amaran terhadap permainan talam dua muka oleh parti pembangkang di dalam isu tulisan jawi.

Jelasnya, ini adalah sesuatu yang tidak produktif serta menjejaskan keamanan negara.

“Parti pembangkang bersifat talam dua muka, kepada orang Melayu mereka tunjukkan sokongan kepada tulisan jawi tetapi kepada bukan Melayu mereka bantah tulisan jawi.

“Mereka ini tidak kiralah sama ada UMNO, Pas atau MCA. Ini amat bahaya,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

 

7 Komen

  1. Ape masalah dia ni sebenarnye? Tulisan jawi tu tak ada kaitan dengan pembangkang. Tu rakyat yg gerakkan. So ko nak salahkan rakyat berhimpun bantah persidangan DongZong? Ko nak salahkan PDRM? Dah terang dan jelas yg ko sokong siapa.

  2. Ini cina bodoh nie ke apa kongress maruah melayu tak ada sangkut paut dgn mana2 kaum hanya isu hal orang melayu semata mata.berbeza dengan kongres isu membantah tulisan jawi itu melibatkan kaum.kalau kongress tak melibatkan mana2 kaum buat lah nk buat yg penting tak ada sentuh isu kaum lain.kongres melayu dan kongres bantah jawi dua isu yg berbeza.mcm mana lim guan end nie faham ke tak faham.dan knp pm pilih dia jadi menteri kewangan mcm bodoh je aku ingat jawab soalan spm pun tak lulus sijil main beli je.cina bodoh sombong mcm nie lah tak boleh nak bezakan.dia tak layak jadi menteri sembang mcm budak2 tadika je.

    • Lim gone end tak amik SPM dia amik UEC je tu yg susah nak paham

      Tahniah pada pengundi KERAjaan PeeH 🙂

    • Dong zhong ini mewakali semua kaum Cina ke? Kalau mewakili semua kaum Cina, lebih baik di bawa usul perhimpunan Kongres Cina Malaysia. Rasanya polis akan bagi permit, baru kita akan tahu polis itu adil atau tidak? Jangan lupa jemput Anwar utk menari.

  3. Apq mslh ko anjing dap..ko ingat ya..ini ngara mlyu ya..ko tak pyh nk persoal kn pasa hak kami ya..nmmg anjing lh ko ni…hak yg telah di tetapkn dlm pelmbgaan tak plu ko persoalkn…ko tu plu ingat puak2 ko tu pdatang, buat cara pdatang…jgn cabar ksabaran kmi ya…bodoh punya anjing dap laknatullah

  4. Apa punya bodoh LGE!!!!
    Perhimpunan Kongres Melayu yang hadir PM7.
    Yg kau Marah Melayu je buat apa kalau yang menjemput tu PM 7.

Comments are closed.