KUALA LUMPUR – Datuk Seri Zaid Ibrahim mendakwa ramai dalam kalangan rakyat dan politik hari ini tidak langsung memahami aspek sebenar kerajaan campuran.
Bekas menteri kabinet yang merupakan ahli DAP itu berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan lagi berada dalam kedudukan sama sebagai orang nombor satu kerajaan yang mempunyai majoriti bersih dan besar dari parti politik sendiri.
Dalam ciapan akaun twitter peribadinya, bekas menteri undang-undang itu menggunakan bahasa Inggeris berkata, dalam kes politik semasa negara, Mahathir tidak mempunyai sokongan majoriti.
“Ramai tidak memahami aspek kerajaan bercampur. PM semasa tidak berada dalam kedudukan sama sebagai PM yang mempunyai sokongan majoriti daripada partinya sendiri.
Baca: Budi bicara PM lantik menteri, tidak perlu mesyuarat pilih pengganti dari Bersatu
“Pada kes kita dia tidak langsung mempunyai (sokongan) majoriti.
‘Jadi, tolonglah berbincang keputusan utama dan bukannya bercakap mengenai budi bicara PM (Mahathir),” tegas beliau dalam ciapan akaun media sosialnya.
Isu budi bicara PM dalam soal pelantikan Menteri Pendidikan baharu selepas Dr. Maszlee Malik meletakkan jawatan pada 2 Januari lalu menyebabkan beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencadangkan supaya lebih baik soal pelantikan pengganti Maszlee dibincangkan dalam mesyuarat PH.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Pengganti Maszlee: Lebih baik bincang dalam mesyuarat PH, kata Guan Eng
Slm,ddlm kekecohan polimik krjaan kini,warga M’sia mengenalpasti jantan betina,polisi politik ph,ddlm situasi pemilihan menteri apa2 sekali pun rakyat bijak membaca sikap ahli2 politik ph,&umno serta pas tanah air,memang ramai yg teringin jadi menteri,namun mentri pendidikkn bukan suatu pimilihan soborona,mutlak yang boleh di ambil sebagai bidan tarik,samada dri MB22 negeri@mana2 team org yang tertentu yg langsung tiada kepakaran,di dlm bidang berkaitan,serta kebolehmahiran,&tanpa boleh membaca situasi senario masyarakat M’sia kini &kehadapan,sistem polisi pendidikkn merupakn asas kpd nurani keilmuan hati insan di masa akan dtg,jika putih yg di warnakan,maka putihla yg lahir,jika hitam maka hitamlah sistem pendidikkn umat M’sia di masa depan..teringat kpd tn sri khir Johari mantan mentri pelajaran,di zaman umno memerintah dhulu,di mana belaulah yg telah merobah sistem pembelajaran jawi di sek2 jenis keb,di mana belau lah yg telah mendeletkn subjek mata pelajaran jawi ketika itu,justru itu,maka amat ramailah warga2 M’sia menjdi buta jawi hatta selepas dri itu telah ramai warga mlayu yg membaca al-quraan mengikut kaedah romanis,itula dia akibatnya jika tersalah pilih,isu tersebut sampailah ke dekat kini warga melayu masih mengamalkan kaedah berkenaan,,al-quraan adalah satu2nya ilmu penentu pensyafaat kpd umat islm di alam barzakh kelak,,,apa sudah jdi warga Mlayu…itula bahana salah pilih pemimpin mlayu,,konon beragama islm,..renung2kan lah..sendri…
Tambahan pula selepas dri dekat tn seri khir Johari,maka lahir pula sistem bhsa baku,yg di popularkn oleh Dto’Seri Anuar Ibrahim(mntan mentri pendidikkn juga di era krjaan umno),maka warga M’sia semakin matang membaca al-quraan menerusi kaedah romanis bhs mlayu baku,lantaran itu,awas warga M’sia dpt membaca titik tolak target,matlamat &hala tuju kepala otak pemimpin2 politik di era kini…والسلام…