Datuk Azman Marzuki

KUALA LUMPUR – Naza Corporation Holdings melantik Datuk Azman Marzuki sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Naza Engineering & Construction Sdn. Bhd. yang baharu berkuatkuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan syarikat itu berkata, Azman akan memimpin serta memantau projek-projek semasa dan akan datang yang diusahakan syarikat berkenaan.

“Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembangunan hartanah, pembinaan dan industri kejuruteraan.

“Pengalaman yang dimiliki beliau turut melibatkan pembangunan dan pembinaan bangunan seperti hotel, hospital, pejabat mewah dan bandar kediaman; infrastruktur seperti lebuh raya, jambatan, kemudahan air dan air kumbahan; dan struktur marin,” katanya.

Azman sebelum ini adalah Timbalan Pengarah Urusan Ahmad Zaki Resources Sdn. Bhd. di mana beliau telah berkhidmat sejak 2012.

Beliau merupakan pemegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari IMD Business School di Switzerland dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan (Awam) dari Universiti Wollongong, Australia.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast