najmil faiz mohamed aris
Najmil Faiz Mohamed Aris

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Abdul Rahman didakwa pandai berlakon dan pura-pura di media sosialnya.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, realitinya adalah penuh pembohongan apabila Menteri Belia dan Sukan itu berkata beliau menceburi bidang politik bukan untuk kuasa.

“Masuk politik bukan untuk kuasa? Sudah mula drama YB Syed Saddiq yang kita tunggu-tunggu. Anak muda ini pandai berlakon dan pura-pura di media sosial untuk menarik hati netizen.

“Realitinya penuh pembohongan. Jika bukan kerana kuasa politik mengapakah YB Syed Saddiq mengamalkan patronage politic dengan melantik 13 anggota Pemuda BERSATU sebagai pegawai penyelaras sukan di bawah kementeriannya.

“Kedua, apakah status siasatan pemberian kontrak bernilai RM7 juta kepada sebuah syarikat membabitkan tiga IKBN berkenaan?” katanya di laman Facebook miliknya.

Najmil yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu turut mempersoalkan apakah jaminan kepada anak muda untuk mendepani arus pemodenan yang semakin mencabar.

Jelas beliau, ini kerana kadar pengangguran dan masalah kemiskinan di negara ini masih tidak berubah.

“Yang diatas hanyalah menteri dan lantikan politiknya. Rakyat dibawah semakin sengsara ditekan rejim PH.

“Pandanglah realiti YB Menteri. Jangan syok sendiri di Facebook sahaja,” katanya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Semua wayang drama je… Dulu kini dan selamanye politik malaysia ni… Sape pun naik atas tetap sama lakonan nye… Salah guna kuasa.. Menteri makin kaya rakyat makin merana….

Comments are closed.