Sahar Abdul Majid

KUALA LUMPUR – Pas Sabah mengajak Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau datang ke Kelantan dan Terengganu untuk melihat sendiri pentadbiran kerajaan negeri dan kehidupan rakyat di kedua-dua negeri itu.

Pesuruhjayanya, Sahar Abdul Majid berkata, Wilfred Madius telah bersikap kurang ajar apabila menuduh Pas adalah parti ekstrem dan membawa perpecahan kaum di Sabah.

Beliau mendakwa Presiden UPKO itu ketandusan hujah dan terdesak dalam usaha mendapatkan sokongan dari pengundi Parlimen Kimanis agar memberi undi kemenangan kepada calon parti Warisan yang bertanding melawan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 18 Januari ini.

“Dalam siri kempennya dalam satu majlis sambutan hari Krismas, beliau menuduh Pas adalah parti ekstrem agama dan membawa perpecahan kaum di Sabah.

“Dia sebenarnya sudah ketandusan idea dan hujah kerana isu yang dimainkannya itu adalah isu yang tidak berbangkit lagi kerana rakyat telah faham itu adalah tuduhan liar dan tidak berasas.

“Bahkan, Presiden UPKO itulah yang lebih ekstrem dan bersifat oportunis dalam konteks politik Sabah,” katanya dalam kenyataan kepada media di Sabah, hari ini.

Menurut Sahar, Wilfred Madius terpaksa menunjukkan beliau telah bekerja membantu Pakatan Harapan (PH) dengan mengkritik parti dari Muafakat Nasional selepas keluar dari BN sebaik tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei 2018.

Tindakan itu, kata beliau lebih mengganggu perpaduan kaum kerana tidak menghargai sokongan dan hasrat rakyat negeri itu yang mahu mengekalkan kerajaan BN melalui undi mereka.

“Pemimpin tidak berpendirian dan tiada setiakawan seperti ini harus ditolak rakyat,”

“Wilfred Madius turut direkodkan pada tahun lalu telah mengeluarkan kenyataan melampau apabila mendakwa pengislaman beramai-ramai di Tambunan lebih 30 tahun lalu adalah atas dasar paksaan dan mempunyai unsur ugutan dan ia mendapat bantahan banyak pihak,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengajak Presiden UPKO itu merujuk rakyat berbilang agama dan kaum di Kelantan dan Terengganu yang ditadbir Pas hidup harmoni serta bersatu padu di bawah pentadbiran parti berslogankan Membangun Bersama Islam itu.

Kata Sahar, mereka diberi hak untuk menjalankan perniagaan dan mengamalkan agama serta budaya masing-masing tanpa ada rasa bimbang dan takut.

“Malah dua patung Buddha terbesar di Asia Tenggara terletak di Kelantan iaitu Wat Protivihan di Kampung Berok dan Wat Machimmaram di Tumpat. Oleh itu, jika Pas ekstrem agama, tidak mungkin dua patung Buddha itu boleh wujud.

“Kami mempelawa beliau bersama pimpinan tertinggi partinya datang sendiri ke Kelantan dan Terengganu. Beliau boleh berdialong secara terbuka dengan rakyat bukan Islam di dua negeri itu termasuk pemimpin kaum bukan Islam yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Upko ap anjing..dah lh parti ko pun bkl hncur, parti tak ada pendirian..klah bn, trus lari…bofoh punya parti..nasihat aku jgn jadi mcn parti dap kafir harbi ya…smua org sudah bnci pd dap pig…

Comments are closed.