Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) diingatkan agar tidak menjadikan MARA Corporation sebagai kambing hitam untuk menghakis kuasa ekonomi Bumiputera.

Sebaliknya, MARA Corporation perlu mengekalkan objektif teras MARA ke arah pembangunan sosial Bumiputera.

Oleh itu, Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan berkata, MARA perlu melihat sejarah penubuhannya sendiri.

Menurutnya, fokus dan matlamat MARA bukan hanya kepada pendidikan dan keusahawanan tetapi merangkumi aspek yang lebih luas untuk merancakkan ekonomi Melayu Bumiputera, terutama di luar bandar.

MARA ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen selepas Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama mendesak ekonomi Melayu diperkukuhkan.

Manakala MARA Corporation adalah firma pelaburan MARA yang diwujudkan dengan matlamat untuk memegang aset keuntungan dan memberikan pulangan kepada agensi itu melalui pengurusan dan penambahbaikkan prestasi syarikat.

Beliau menggesa MARA Corporation di bawah pengerusinya, Akhramsyah Muammar Ubaidah memperincikan hala tuju dan pelan pelaburan untuk menjadikan cabang perniagaan MARA ini berdaya saing dan memberikan pulangan perniagaan kepada MARA dan seluruh rakyat Malaysia.

“Walaupun Pengerusi MARA merupakan lantikan politik Kerajaan Pakatan Harapan, jangan jadikan MARA Corporation sebagai kambing hitam untuk menghakis kuasa ekonomi Bumiputera,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast