Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) yang dijadualkan bermula 1 Januari ini ditangguhkan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, satu kajian semula dilaksanakan dengan pihak berkaitan dan akan diputuskan oleh jemaah menteri.

“Sehubungan itu, pelaksanaan pemansuhan BIPK kepada pegawai lantikan baharu melibatkan 33 skim perkhidmatan seperti dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 adalah ditangguhkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemansuhan BIPK sebelum itu menimbulkan kontroversi termasuk dipertikai oleh pemimpin kerajaan sendiri termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.- MalaysiaGazette